INSTALL
Langkah untuk install.
1. Double click pada file Appserv2.5.10 yang dinstall daripada http://www.appservnetwork.com
2. Satu directory c:\AppServ akan terbentuk.
3. Di dalam dir c:\AppServ terdapat lagi 4 sub-directory iaitu Apache2.2, MySQL, php5 dan www.
4. Sub-directory yang paling penting ialah c:\AppServ\www .Di dalam www juga terdapat directory lain.
5. Sekiranya anda menjumpai dir c:\AppServ\www , secara dasarnya anda telah berjaya menginstall server anda.
Cara untuk mencuba script php yang telah anda siapkan.
1. Sekiranya anda menggunakan notepad atau wordpad, save as file php sebagai nama-script.php bukannya nama.txt.
2. Fail script php mestilah di save kedalam c:\AppServ\www. Contohnya, c:\AppServ\www\nama-script.php
3. Buka internet explorer atau sewaktunya, taipkan http://localhost/nama-script.php
4. Untuk memudahkan, anda tak perlu tutup Internet Explorer setiap kali lepas uji script. Ini kerana anda boleh 'refresh' saja jika ingin lihat kesan seterusnya selepas script yang sama diubah.