intro mysql

Apa dia MySQL..

Ia merupakan open source database server. MySQL bukan saja digunakan untuk menyimpan data-data yang kecil tetapi data-data yang sangat besar juga boleh disimpan didalam MySQL. Syarikat seperti Yahoo, Google juga menggunakan MySQL untuk menyimpan data2 mereka.

Database pula ialah bentuk bagi penyimpanan maklumat. Didalam database terdapat tables yang mempunyai row dan column. Tables yang terdapat di dalam database menyimpan maklumat mengikut categori yang kita tetapkan sepert tables untuk "user", "jumlah_jualan" dan sebagainya. Dalam dataserver kita boleh membina banyak data dan didalam sesuatu data mempunyai banyak tables.

Perkara-perkara yang biasa semasa berurusan dengan tables ialah

  • Membina table
  • Delete table
  • Mengubah struktur table
  • Memasukkan data samaada secara terus kepada MySQL, melalui form atau automatik daripada website
  • Cara mengeluarkan maklumat didalam table untuk diproses bagi menghasilkan output yang dikehendaki.
  • dan lain-lain lagi

Berurusan dengan data amat menyeronokkan kerana kita boleh memaparkan atau menghasilkan sesuatu mengikut kreativiti masing-masing.