Variables

VARIABLES

  • Keistimewaan PHP berbanding programmming lain, php tak perlu declare variables sebelum digunakan. Bagi programming langguage yang lain, kita perlu declare sebelum digunakan. Kita kena tentu terlebih dahulu samada variable yang hendak kita gunakan itu integer, float, string atau sebagainya. Tetapi PHP secara automatik menukarkan variables kepada jenis data sebenar bergantung kepada cara kita set kan ia.
  • Variables digunakan untuk menyimpan nilai bagi sementara waktu sebelum ia digunakan semula dalam arahan seterusnya. Variables boleh terdiri daripada nombor, text atau function. Ianya boleh digunakan berulang-ulang pada script. Semua variables mempunyai simbol '$' pada hadapan namanya.

Nama bagi sesuatu variable mestilah:

1. Apa-apa saja (a-z),(0-9)

2. Boleh menggunakan underscore '_'

3. Tidak boleh mengandungi 'space'.

Cara menulis variable :

$nama_variables = nilai;

Contoh 1
Memaparkan dan menggunakan variables berulang-kali.

$nama =' Abu said Al-Qudri';
$umur='45 tahun';

echo $nama;
echo $umur;
echo '
';
echo 'Saya juga berumur : ';
echo $umur;
?>

Output :

Abu Said Al-Qudri,45 tahun.
Saya juga berumur : 45 tahun.

Penerangan :

  • Variable $umur telah disimpan sementara bagi memaparkan nilai umur saya dan Abu Said di akhir script.
  • Bagi memaparkan variable tidak perlukan tanda " " dalam echo.

Jenis-jenis variable lain.

Contoh variables yang telah ditetapkan penggunaannya dalam php serperti $_POST, $_GET, $_REQUEST, $_SERVER dan lain-lain lagi. Variables adalah tetap. Dan tidak boleh digunakan sesuka hati. Variables ini akan dibincangkan dalam tajuk akan datang.

contoh:

$_POST digunakan untuk menghantar dan menerima maklumat ketika memproses borang.