- Looping statement digunakan untuk menjalankan satu block kod berulang-ulang kali selagi syarat diberikan dipatuhi.
Contoh 1 : while statemenet
$i=1;
while($i<=3)
{
echo "Bilangan loop ialah " . $i . "
";
$i++;
}
?>
Output:Bilangan loop ialah 1
Bilangan loop ialah 2
Bilangan loop ialah 3
Penerangan :
- Nilai $i awal ditetapkan $i=1;
- Syarat yang perlu dipatuhi iaitu $i<=3, loop akan berulang sehingga $i=3 atau lebih kecil daripada 3.
- $i++ ialah menunjukkan penambahan nilai $i, sebanyak 1 setiap kali looping.
ialah tag bagi hasilkan line baru
Contoh 2: do...while Statement
Hampir sama dengan while statement, tetapi block kod dalam loopnya di 'execute' terlebih dahulu sebelum syarat while( ) nya di 'execute'. Perhatikan outputnya, syarat while yang digunakan adalah sama dengan contoh 1 . Outputnya bermula dengan $i=2 dan nilai akhir $i=4, walaupun syarat do..while disetkan $i lebih kecil atau sama dengan 3.
$i=1;
do
{
$i++;
echo "Bilangan loop ialah " . $i . "
";
}
while ($i<=3);
?>
Output :Bilangan loop ialah 2
Bilangan loop ialah 3
Bilangan loop ialah 4Penerangan:
$i bagi output bermula dengan 2 kerana nilai $i awal telah disetkan kepada 1. Ianya berbeza dengan while.